Saturday 11 June 2016

KERETA SEWA BERTAM PERDANA, KEPALA BATAS

Assalamualaikum.

Selamat Berpuasa kepada pelanggan SKB yang tercinta.
Semoga Ramadhan kali ini dapat melatih jiwa dan rohani 
serta meningkatkan taqwa kepada Allah SWT.


SKB beroperasi seperti biasa.
Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila
hubungi 019-916 6999.

~~***********~~

Sedikit perkongsian.
Di antara waktu mustajab untuk berdoa ialah pada waktu sahur dan juga sebelum berbuka puasa.
Mintalah pada Allah, kebaikan-kebaikan untuk diri sendiri, suami/isteri, anak-anak dan juga orang tua kita.
Tak tahu nak doa apa?
Cadangan doa ini dikongsikan oleh sahabat saya dari grup Whatsapp.
Boleh diubah ikut hajat masing-masing, ya.

Mari kita bermohon kepada Allah agar:
Sihat tubuh badan untuk beribadah.
Meningkatkan iman dan taqwa.
Diberikan husnul khatimah.
Dimurahkan rezeki.
Dikurniakan anak yang soleh, anak yang berjaya dan keluarga bahagia serta mendirikan solat..
Rahmat Allah.
Dijauhkan dari azab kubur.
Diampunkan dosa, dilapangkan dada dan dikekalkan iman.
Perniagaan yang bermanfaat dan diberkati.
Dijauhi dari segala penyakit.
Ibadat dan taubat diterima.
Dilapangkan kubur.
Mudah membayar hutang.
Dipertemukan dengan Lailatulqadar.
Mendapat syafaat Nabi saw.
Mendapat syurga firdaus.
Dijauhi neraka.
Menerima kitab dengan tangan kanan.
Selamat meniti sirat dan selamat dari fitnah dajjal.
Mendapat ketenangan hati.
Mendoakan kesejahteraan ibu bapa.
Diterima puasa Ramadhan.

Mudah-mudahan Allah ampuni kita semua.

p/s: Oang Berbudi Kita Berbahasa

No comments:

Post a Comment