SYARAT-SYARAT & PERJANJIAN UNTUK MENYEWA KERETA

**Kerjasama tuan/puan membaca syarat-syarat dan perjanjian untuk menyewa kereta terlebih dahulu amatlah dihargai**

1. Sesiapa yang tidak mempunyai mempunyai lesen memandu kelas D tidak dibenarkan untuk memandu kereta yang disewa dan sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, penyewa akan bertanggungjawab sepenuhnya.

2. Penyewa dilarang sama sekali melakukan sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang kerajaan Malaysia.

3. Penyewa tidak dibenarkan sama sekali menukar sebarang alat ganti terhadap kereta yang disewa. 

4. Segala tuntutan saman jalanraya ataupun saman yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh penyewa. Bayaran tambahan sebanyak RM50 akan dikenakan kepada penyewa untuk setiap saman yang didahulukan oleh syarikat.

5. Sebarang kerosakan (kecil atau besar) akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa dan penjamin terbabit. Sebarang tuntutan gantirugi akan dikenakan mengikut kerosakan yang dialami. Kos minimum yang akan dikenakan terhadap sebarang kerosakan adalah RM300.

6. Kereta yang disewa mesti dipulangkan tepat mengikut masa yang dijanjikan. Sekiranya lewat, bayaran tambahan akan dikenakan. Penyewa mestilah menghubungi pihak kami sekiranya ingin menambah sewaan harian berikutnya. Sekiranya penyewa tidak memulangkan kereta melebihi 24 JAM tanpa sebarang pesanan/makluman adalah dianggap sebagai kes CURI KERETA. Laporan polis akan dibuat dengan segera. Sebarang masalah yang timbul dan kos guaman akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa dan penjamin.

7. Motosikal yang ditinggalkan adalah sebagai cagaran terhadap kereta yang disewa. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, motosikal tersebut tidak akan diserahkan kecuali bayaran ganti rugi dijelaskan sepenuhnya. Sekiranya penyewa tidak mampu membayar gantirugi tersebut, motosikal tersebut akan menjadi hak milik tuan punya kereta. Proses pemindahan nama haruslah dilakukan dengan segera dan penyewa terbabit hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya.

8. Kereta yang disewa adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh penyewa dan penjamin dalam masa yang telah dijanjikan. Sebarang masalah ataupun kes yang timbul, adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh penyewa dan penjamin terbabit. Ianya tiada kena mengena dengan tuan punya kereta. Diingatkan sentiasa BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. Kereta yang disewa haruslah dijaga dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment