Friday 14 August 2015

CUCI KUSYEN KERETA & KARPET

Assalamualaikum.

Info kali ini, saya nak kongsi mengenai servis cucian kusyen kereta & karpet oleh Tuan Ikram.
Servis ini beroperasi di Permatang Kerai Besar, Kepala Batas, Pulau Pinang.
No telefon Tuan Ikram ada dalam gambar kat bawah.


*FB page*

*klik untuk imej lebih besar. ada no telefon untuk dihubungi*

Pernah sekali Myvi kesayangan saya disewa oleh seorang hamba Allah. Telah meninggalkan bau dan keadaan kereta sangat tidak menyenangkan. Saya rasa give up dan rasa nak tukar kusyen je terus. 
Kemudian ada kawan saya cadangkan supaya cuba cuci kusyen dulu. In fact, kawan saya sebenarnya tolong googlekan kat mudah, dan terjumpalah iklan adik ni.
Tq Cik Sarinande :)

Setelah call dan cerita serba sedikit mengenai keadaan kereta saya, maka 'berkenalan'lah saya dengan pemunya servis. 
Beliau akan tanya dulu beberapa perkara:
1. Keadaan kereta - bgtau apa masalah/keadaan kereta anda.
Sekiranya beliau rasa masalah tu boleh diselesaikan dengan cara lain, tak perlu hantar servis. Ini adalah nasihat percuma sahaja ya.
Kalau memang dah kotor dan comot, memang patut hantar :)
2. Buat appointment - sebab beliau bekerja. Bukan call hari ni terus boleh hantar kereta ya.
Jadi kena call dan tanya slot free beliau.

Dari segi harga, ianya berbeza mengikut kereta dan tahap kekotoran kereta anda. Yang ni kena tanya Tuan Ikram sendiri. Macam Myvi saya dulu, rasanya RM120. Tapi itu tahun lepas, ya. Untuk kes tuan/puan, mohon bertanya kepada tuan punya servis.

Dan of course, servisnya ambil masa ya. Bukan 10-20 minit. Boleh jadi sehari. Sebab prosesnya secara cucian stim. Kena ada jemur-jemur juga. Paling afdal, hantar pagi. Dan petang/malam tu baru boleh ambil.

Saya harap tuan/puan yang sedang cari info ini, bermanfaatlah hendaknya.
 Sekiranya tuan/puan dari luar Penang nak hantar kereta, boleh je. Eh, customer Tuan Ikram yang paling jauh setakat saya tahu dari Perlis. Tidak mustahil :)

Terima kasih.

*****~~~~~~~~~~~~~~*****

SEWA KERETA BERTAM PERDANA,
KEPALA BATAS, TASEK GELUGOR,
SUNGAI PETANI SELATAN

CALL 019-916 6999

No comments:

Post a Comment